Wednesday, May 13, 2009

PENGERTIAN SEBUAH DEMOKRASI

Demokrasi bererti sebuah negara yang dicetuskan atau bersumberkan rakyat atau masyarakat terbanyak. Ini bermakna demokrasi ialah sebuah sistem politik yang memberi penghormatan yang amat tinggi terhadap masyarakat terbanyak. Abraham Lincoln mengatakan demokrasi merupakan sistem politik dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat. Terdapat tujuh ciri penting dalam demokrasi iaitu kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya yang bebas dan adil, bebas berorganisasi, pemerintahan berasaskan majoriti, hak minoriti dan kebebasan kehakiman (Ghazali, Jamaie ,Sity & Zaini, 2006: 29). Dalam sistem demokrasi, prinsip kebebasan asasi itu terletak pada kuasa rakyat sepenuhnya. Rakyat berhak untuk menentukan pilihannya sendiri tanpa wujud paksaan daripada mana-mana pihak. Ini bermaksud kedaulatan itu terletak di tangan rakyat sendiri yang mana pemerintahan yang terbaik adalah pemerintahan oleh rakyat sendiri. Demokrasi mampu menjamin dan memelihara hak individu kerana dengan andaian bahawa manusia tidak mungkin akan menzalimi dirinya dengan membuat keputusan yang tidak rasional dan mengabaikan kebajikan am. Oleh sebab itu, sistem demokrasi menuntut prinsip kewajipan politik yang mana setiap rakyat mestilah turut serta dalam proses pemerintah negara (Saliha, 1999: 12).

No comments:

Post a Comment